Thursday 19 July 2012

perusahaan rumah walit


PERUSAHAAN
RUMAH WALIT


 
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, kementeriannya kini diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan 16 buah Projek Permulaan (EPP) membabitkan pelbagai perusahaan pertanian yang merangkumi tiga subjek utama iaitu rumpai laut, burung walit dan ikan hiasan.
Menurutnya, melalui pelaksanaan projek tersebut, ia akan mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan juga pelatih dalam industri pertanian.
Memperkatakan tentang industri sarang burung walit, Datuk Seri Noh Omar melihat ia sebuah industri yang memberi pulangan lumayan. Ia sesuai diusahakan dan dikendali tanpa memerlukan penjagaan makan dan minum burung walit.
Malah, ia juga menawarkan cabang perniagaan keluarga yang boleh diwarisi oleh generasi seterusnya. Industri sarang burung walit bukan baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya. Semua ini kerana kekurangan maklumat mengenai industri ini. Oleh kerana wujudnya pendedahan dan digalakkan oleh kerajaan hingga dimasukkan dalam Bajet 2010 dan 2011, industri ini menjadi pilihan ramai.
Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10,000 premis membela burung walit di seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM500 juta.
“Tahun 2011, kita sasarkan mendapat pendapatan RM1 bilion. Kita yakin potensi industri burung walit dapat menyumbang sebanyak RM5 bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015,” katanya.
Oleh kerana ia tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dipertanggungjawabkan dalam industri ini. Untuk itu JPV mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung walit yang standard di samping menjamin pemuliharaan alam sekitar.
Secara umumnya, sarang burung walit ini diperbuat daripada air liur burung tersebut dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna.
Permintaan terhadap sarang burung walit semakin tinggi dan berterusan terutama untuk pasaran luar negara termasuk di Hong Kong, China, Taiwan dan Korea dan harga sarang burung tersebut mencecah RM10,000 – RM20,000 sekilogram mengikut kualiti.
Industri sarang burung walit telah mencetuskan satu lagi industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan kehidupan mewah selain daripada bidang-bidang perniagaan yang lain.




 

Khasiat Sarang Burung Walit

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
Ekstrak sarang burung walit mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
# Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran pencernaan.
# Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.
# Pengambilan sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.
# Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
# Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
# Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
# Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan barah.




 
PERKHIDMATAN KITA :-

1.     Meninjau tempat yang sesuai untuk pembinaan rumah walit
2.     Pembinaan rumah walit
3.     Membantu untuk menarik burung-burung walit masuk ke rumah walit
4.     Membantu untuk mengekalkan dan peningkatan burung-burung walit
5.     Pemprosesan dan pemasaran sarang burung walit
6.     Pengendalian rumah walit
7.     Ubahsuai rumah walit yang tidak berhasil
8.     Ubahsuai rumah walit dari penghasilan sarang burung yang berkualiti rendah ke sarang burung yang berkualiti tinggi
9.     Khidmat permindahan burung-burung walit dari kedai-kedai rumah walit ke tempat yang dibenarkan untuk penternakan burung walit.




 
Keburukan Rumah Walit Biasa :-
1.     Kos pembinaan yang tinggi (melebihi RM250,000)
2.     Suhu dalaman bangunan yang panas, menyebabkan burung walit tidak suka menginap bangunan tersebut. Perusaha-perusaha terpaksa menambahkan kos seperti membina takungan air di bumbung bangunan, menambah lapisan perlindungan panas di dinding bangunan ataupun penambahan sistem hawa dingin di bangunan tersebut demi mengurangkan suhu panas dalaman
3.     Sekiranya, tapak bangunan tersebut tidak sesuai untuk penarikan burung walit, perusaha-perusaha tidak dapat mengalirkan bangunan tersebut ke tempat yang lebih sesuai.
4.     Tempoh pembinaan bangunan yang panjang dan lama(lebih daripada setengah tahun), tambahan pula bau bangunan baru, menyebabkan tempoh untuk mendapat pulangan pelaburan dan hasil pendapatan dipanjangkan.




 
RUMAH WALIT YBE

Rumah walit YBE menggunakan teknologi tercanggih Amerika Syarikat. Ia tidak mempunyai bau, dapat menahan kepanasan melebihi 400’c dan mempunyai pencegahan kebakaran yang bagus.

Kelebihan-kelebihan :-
1.     Kos pembinaan yang rendah.
2.     Sistem penahanan panas yang bagus menyebabkan rumah ini sesuai diinapi oleh burung-burung walit.
3.     Bahan binaan rumah ini dapat menahan kebakaran api yang melebihi suhu 400’c.
4.     Tempoh pembinaan yang pendek (45-60 hari), dapat mengurangkan risiko pelaburan dan memendekkan tempoh mendapat pulangan.
5.     Rumah ini tidak mempunyai bau yang sering dihadapi oleh rumah-rumah burung walit lain. Oleh itu, ia dapat menarik masuk burung-burung walit dengan tempoh yang lebih singkat berbanding dengan rumah-rumah lain.




 
Peratus Kejayaan

Rumah Burung Walit YBE dapat mencapai peratus kejayaan yang melebihi 90%.
Ini disebabkan :-
1.     YBE mesti membuat tinjauan dan siasatan yang teliti sebelum membina rumah walit.
2.     Mempunyai pakar-pakar burung walit yang berpengalaman untuk penarikan masuk burung-burung walit dan penambahan jumlah penginapan burung-burung walit.
3.     Binaan rumah walit yang unik sesuai untuk penginapan burung walit.
4.     Risiko rendah dengan kos dan tempoh binaan yang singkat.
5.     Penggunaan cara-cara yang berkesan untuk mengekalkan serta menambah bilangan burung-burung walit.
6.     Mempunyai cara tersendiri yang terbukti untuk penambahan bilangan burung-burung walit berbanding dengan rumah-rumah walit lain yang menghadkan kadar penambahan burung-burung walit.
7.     Mempunyai pakar-pakar yang mengkaji rumah-rumah walit tidak berhasil kepada rumah-rumah walit yang berhasil dengan sarang-sarang burung walit berkualiti tinggi.
8.     Mempunyai cara-cara yang terbukti untuk mengurangkan kehilangan bilangan burung-burung walit daripada ancaman-ancaman lain.
9.     Mempunyai cara-cara yang terbukti untuk menambahkan bilangan burung-burung walit di kawasan sekitar pembinaan rumah-rumah walit.
10. Rekabentuk rumah walit yang unik ini boleh dipindahalih ke kawasan yang lebih sesuai untuk penternakan burung-burung walit berbanding dengan rumah-rumah walit lain, ini boleh mengurangkan risiko yang dihadapi.

23 comments:

  1. Berapa kos pembinaan RBW mcm ni boss?Saya baru hendak berjinak2 dgn RBW ni...

    ReplyDelete
  2. Ade contact utk dihubungi ??

    ReplyDelete
  3. mohon PM tuan kalau mahu join venture..tq

    Jasni 0197597616

    ReplyDelete
  4. boleh dapatkan contact number?or contact me 013-6443029

    ReplyDelete
  5. 15kaki * 20kaki prices dia berapa tuan??

    ReplyDelete