Thursday 19 July 2012

gaharu

HOME

GAHARU





 
Fakta keterangan:

Kayu Gaharu terkenal di seluruh dunia dengan pelbagai panggilan, Chen Xiang bagi masyarakat Cina, Jin-Ko (Jepun) dan Oud atau Oode di kalangan bangsa Arab.Ia juga digunakan oleh masyarakat secara meluas sejak turun-temurun, malah ada yang mengatakan kayu gaharu dari pokok gaharu telah digunakan sejak zaman Firaun sama ada untuk upacara keagamaan atau bahan untuk membuat minyak wangi.

Pokok gaharu atau dikenali juga di Malaysia dengan nama lain seperti depu, karas atau engkaras merupakan pokok besar yang boleh mencapai ketinggian sehingga 40 meter tingginya. Diameter batangnya pula boleh mencapai sekitar 60 cm. Gaharu merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika, terutamanya di tanah rendah sehingga ke kawasan yang ketinggiannya sehingga 270 meter daripada paras laut. Taburan pertumbuhan pokok gaharu /depu secara geografinya meliputi kawasan Asia tenggara, India dan China. Gaharu boleh hidup di semua jenis tanah kecuali kawasan paya dan berair.

Secara keseluruhan terdapat lapan jenis pokok gaharu di dunia tetapi di Malaysia hanya ada empat jenis iaitu, Karas, Candan Gajah, Candan Gunung dan Cendana. Bagi masyarakat Malaysia, pokok gaharu atau nama saintifiknya Aquilaria Malaccensis hanya boleh didapati di dalam hutan belantara dan jumlahnya pula dilaporkan semakin sedikit atau hampir pupus. Kegiatan mencari kayu gaharu secara haram menjadikan tumbuhan itu kini semakin pupus kerana harganya, sama ada kayu (heartwood) atau minyak (damar)
yang dihasilkan pokok itu adalah amat bernilai tinggi, lebih mahal dari harga emas.

Tarikan kayu gaharu Malaysia dan nilainya yang amat tinggi merupakan magnet kepada pencari-pencari haram kayu gaharu terutamanya dari Thailand untuk menceroboh hutan-hutan negara ini sehingga ke Sarawak untuk mendapatkan tumbuhan berharga itu.

Sekilogram kayu gaharu jenis karas dianggarkan bernilai di antara RM5 ribu hingga RM60 ribu, Candan Gajah (RM180 ribu hingga RM200 ribu) dan Candan Gunung (RM1 juta) manakala harga seliter minyaknya pula bernilai 10 kali ganda dari kayunya.

Pokok gaharu boleh tumbuh di dalam hampir semua keadaan dengan penjagaan yang minimum, dan boleh mencecah ketinggian sehingga 40 meter manakala jejari batang pokoknya boleh membesar sehingga 60 cm. Bagaimanapun bagi pokok gaharu jenis Candan Gunung, ia hanya boleh tumbuh di kawasan yang mempunyai ketinggian 1,500 kaki dari aras laut, menjadikan ia lebih sukar ditemui dan dibiak.





kegunaan:

Resin yang terhasil di bahagian teras batang pokok gaharu merupakan bahan yang mempunyai nilai komersial yang amat di tinggi di pasaran seluruh dunia.Resin ini telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai setanggi atau kemenyan, digunakan dalam perubatan, kosmetik mahupun bahan untuk upacara keagamaan.

Cara tradisonal untuk mendapatkan resin ini ialah dengan menebang pokok ini untuk mendapatkan resinnya. Malangnya tidak semua pokok yang telah matang akan menghasilkan resin, menyebabkan ada pokok yang ditebang secara sia-sia sahaja. Ini menyebabkan pokok gaharu mula diancam kepupusan di habitat asalnya. Tetapi kini ada kaedah yang lebih efektif digunakan tanpa perlu menebang dan memusnahkan pokok yang telah matang.





Potensi Tanaman Gaharu

Terdapat 80 negara di dunia menggunakan produk gaharu dengan 25% adalah dari negeri negeri di Timur Tengah diikuti negara negara Timur Jauh dan lain lain pelosok dunia.

Angka rasmi menunjukkan kira kira 4.5 juta kg permintaan gaharu dunia setahun. Dipercayai angka sebenar transaksi ialah 6 juta kg setahun.

Namun negara-negara pengeluar utama hanya mampu memenuhi 25% dari jumlah permintaan dunia dengan Malaysia di tempat ketiga menyumbang sebanyak 6% di belakang India 12% dan Indonesia 7% Thailand, Loas dan Kemboja di belakang Malaysia.

Nilai gaharu gred utama sangat tinggi dan amat berharga. Kepelbagaian kualiti produk gaharu di pasaran bergantung kepada pengaruh lokasi geografi dan budaya setempat

Harga teras gaharu yang berkualiti di Pasaraya ternama Saudi Arabia 50,000 RS/Kg.

Percaya atau tidak, Tanam gaharu boleh jadi jutawan. Seseorang itu boleh menjadi jutawan hanya dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun jika menanam sebanyak 400 pokok gaharu di kawasan seluas 0.4 hektar atau 1 ekar tanah. Itu hakikat yang menjadi fenomena hari ini. Ramai orang bercakap pasal gaharu. Tidak kurang juga yang menafikannya. Mana ada tanaman boleh jadi kaya. Itu hanyalah dakyah pengusaha anak benih gaharu. Mana ada bukti hanya dengan menanam gaharu orang jadi kaya. Mustahil!.mustahil!…Ramai dah yang terkena.

Apa tak kayanya orang tanam gaharu kerana khabarnya harga cukup mahal. Lebih mahal dari harga emas. Ini bermakna, berdasarkan harga pasaran, setiap pokok gaharu yang berusia antara tujuh hingga sepuluh tahun mempunyai nilai antara RM5,000 hingga RM20,000 sepokok

Sememangnya pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi dan ia merupakan faktor utama mengapa David Ho Kwan Meng dari Gopen sanggup berbelanja besar mengusahakan ladang gaharu pertama di negara ini. …. Dalam buletin utama TV3 hari itu ladang di Gopen itu mempunyai 20,000 pokok gaharu. Manakala dikatakan harga teras gaharu mencecah sehingga RM17,000 sekg.

Pada masa yang sama, daun-daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain rasanya yang cukup lazat. Menurut David, minyak kayu gaharu juga boleh dijadikan sebagai bahan menghasilkan kosmetik kecantikan. Katanya, tidak cukup dengan itu akar-akar kayu pokok gaharu  boleh dijadikan produk ubat-ubatan.

”Sebab itulah pokok gaharu ini mempunyai nilai yang sangat tinggi. Malah nilai sebatang pokok gaharu boleh mencecah sehingga RM3 juta ringgit jika mempunyai minyak yang banyak. ”Namun kebiasaannya pokok gaharu yang bernilai jutaan ringgit itu berumur antara 20 hingga 30 tahun dan dari jenis baka yang baik,” katanya.

Seorang Dato’ , beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah anak syarikat Tabung Haji.
Kini bergiat aktif dalam perniagaan. Beliau juga pernah menjadi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu. Beliau baru pulang dari menunaikan umrah. Kedatangan beliau membawa buah tangan minyak wangi berjenama “ Aljefri Oud” Made in France. Melihat pada bungkusannya tentunya mahal. Beliau membelinya di pasaraya ternama di Jedah, Arab Saudi. 

Oud adalah gaharu ia sememangnya digemari oleh orang Arab. Kata beliau wangian oud ini bukan sekadar wangian untuk pakaian, tetapi digunakan juga wangian untuk makanan dan minuman. Digunakan juga oud ini dalam teh dan juga kopi. Orang Arab memang mengemarinya. Cukup mahal katanya. “ Saya tengok sendiri di kedai yang saya beli Aljefri Oud ini. Satu paket kayu gaharu yang dibungkus harganya 50,000 sekilo (Rial Arab Saudi), Kalau kita ada 1 kg pergi jual disana kaya kita



1 comment: