PERUSAHAAN
RUMAH
WALIT
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Seri Noh Omar, kementeriannya kini diamanahkan oleh kerajaan untuk melaksanakan
16 buah Projek Permulaan (EPP) membabitkan pelbagai perusahaan pertanian yang
merangkumi tiga subjek utama iaitu rumpai laut, burung walit dan ikan
hiasan.
Menurutnya, melalui pelaksanaan projek tersebut, ia akan
mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat dan juga pelatih dalam
industri pertanian.
Memperkatakan tentang industri sarang burung walit,
Datuk Seri Noh Omar melihat ia sebuah industri yang memberi pulangan lumayan. Ia
sesuai diusahakan dan dikendali tanpa memerlukan penjagaan makan dan minum
burung walit.
Malah, ia juga menawarkan cabang perniagaan keluarga
yang boleh diwarisi oleh generasi seterusnya. Industri sarang burung walit bukan
baru di negara ini tetapi tidak ramai pengusahanya. Semua ini kerana kekurangan
maklumat mengenai industri ini. Oleh kerana wujudnya pendedahan dan digalakkan
oleh kerajaan hingga dimasukkan dalam Bajet 2010 dan 2011, industri ini menjadi
pilihan ramai.
Dianggarkan sehingga kini terdapat lebih 10,000 premis
membela burung walit di seluruh negara dengan nilai eksportnya lebih RM500
juta.
“Tahun 2011, kita sasarkan mendapat pendapatan RM1
bilion. Kita yakin potensi industri burung walit dapat menyumbang sebanyak RM5
bilion kepada pendapatan negara menjelang 2015,” katanya.
Oleh kerana ia tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas
hujan, maka Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dipertanggungjawabkan dalam
industri ini. Untuk itu JPV mewujudkan struktur bangunan pemeliharaan burung
walit yang standard di samping menjamin pemuliharaan alam sekitar.
Secara umumnya, sarang burung walit ini diperbuat
daripada air liur burung tersebut dan mempunyai kualiti tertentu dengan nilai
harga yang berbeza berdasarkan jenis dan warna.
Permintaan terhadap sarang burung walit semakin tinggi
dan berterusan terutama untuk pasaran luar negara termasuk di Hong Kong, China,
Taiwan dan Korea dan harga sarang burung tersebut mencecah RM10,000 – RM20,000
sekilogram mengikut kualiti.
Industri sarang burung walit telah mencetuskan satu lagi
industri yang berpotensi besar bagi semua usahawan untuk merealisasikan
kehidupan mewah selain daripada bidang-bidang perniagaan yang
lain.
Khasiat Sarang Burung Walit
Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung
layang-layang atau walit didapati mempunyai dua nilai pemakanan tinggi yang
sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Kedua-dua faktor itu
membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta
dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan
halus.
Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung
itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh
memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah
dengan lebih lancar.
Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi
mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus
menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk
semua peringkat usia.
Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah
ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang
burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan
imuniti badan dalam melawan penyakit.
Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia
memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang
dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan
lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas
melahirkan.
Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh
dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa
tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia
memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan.
Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya
semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan
dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan.
Ekstrak sarang burung walit mampu membuatkan bahan-bahan
aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk
membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus
serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada
wajah.
Kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung
walit menjadikannya agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata.
Bagi penghidap asma, ia juga menjadi agen terbaik memulihkan sistem pernafasan
dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada eksperimen dan penelitian
menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:
#
Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung walit dapat melancarkan
pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan serta memperbaiki saluran
pencernaan.
#
Sarang burung walit dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga
adalah nutrisi yang bagus untuk paru-paru dan menguatkan saluran
pernafasan.
# Pengambilan
sarang burung walit ketika kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung,
memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses
penyembuhan setelah melahirkan.
#
Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme,
memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.
#
Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang serta
meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.
#
Untuk kanak-kanak, sarang burung berkenaan dapat membesarkan daya serap nutrisi
yang ada pada setiap makanan dan memperkuatkan paru-paru.
#
Dipilih sebagai makanan yang amat baik kepada para perokok selain dapat
mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin dan mencegah serangan
barah.
PERKHIDMATAN
KITA :-
1.
Meninjau tempat yang sesuai untuk
pembinaan rumah walit
2.
Pembinaan rumah walit
3.
Membantu untuk menarik burung-burung
walit masuk ke rumah walit
4.
Membantu untuk mengekalkan dan
peningkatan burung-burung walit
5.
Pemprosesan dan pemasaran sarang
burung walit
6.
Pengendalian rumah
walit
7.
Ubahsuai rumah walit yang tidak
berhasil
8.
Ubahsuai rumah walit dari
penghasilan sarang burung yang berkualiti rendah ke sarang burung yang
berkualiti tinggi
9.
Khidmat permindahan burung-burung
walit dari kedai-kedai rumah walit ke tempat yang dibenarkan untuk penternakan
burung walit.
Keburukan
Rumah Walit Biasa :-
1.
Kos pembinaan yang tinggi (melebihi RM250,000)
2.
Suhu dalaman bangunan yang panas,
menyebabkan burung walit tidak suka menginap bangunan tersebut.
Perusaha-perusaha terpaksa menambahkan kos seperti membina takungan air di
bumbung bangunan, menambah lapisan perlindungan panas di dinding bangunan
ataupun penambahan sistem hawa dingin di bangunan tersebut demi mengurangkan
suhu panas dalaman
3.
Sekiranya, tapak bangunan tersebut
tidak sesuai untuk penarikan burung walit, perusaha-perusaha tidak dapat
mengalirkan bangunan tersebut ke tempat yang lebih sesuai.
4.
Tempoh pembinaan bangunan yang
panjang dan lama(lebih daripada setengah tahun), tambahan pula bau bangunan
baru, menyebabkan tempoh untuk mendapat pulangan pelaburan dan hasil pendapatan
dipanjangkan.
RUMAH WALIT
YBE
Rumah walit YBE menggunakan teknologi tercanggih Amerika
Syarikat. Ia tidak mempunyai bau, dapat menahan kepanasan melebihi 400’c dan
mempunyai pencegahan kebakaran yang bagus.
Kelebihan-kelebihan :-
1.
Kos pembinaan yang rendah.
2.
Sistem penahanan panas yang bagus
menyebabkan rumah ini sesuai diinapi oleh burung-burung walit.
3.
Bahan binaan rumah ini dapat menahan
kebakaran api yang melebihi suhu 400’c.
4.
Tempoh pembinaan yang pendek (45-60
hari), dapat mengurangkan risiko pelaburan dan memendekkan tempoh mendapat
pulangan.
5.
Rumah ini tidak mempunyai bau yang
sering dihadapi oleh rumah-rumah burung walit lain. Oleh itu, ia dapat menarik
masuk burung-burung walit dengan tempoh yang lebih singkat berbanding dengan
rumah-rumah lain.
Peratus
Kejayaan
Rumah Burung
Walit YBE dapat mencapai peratus kejayaan yang melebihi 90%.
Ini disebabkan :-
1.
YBE mesti membuat tinjauan dan
siasatan yang teliti sebelum membina rumah walit.
2.
Mempunyai pakar-pakar burung walit
yang berpengalaman untuk penarikan masuk burung-burung walit dan penambahan
jumlah penginapan burung-burung walit.
3.
Binaan rumah walit yang unik sesuai
untuk penginapan burung walit.
4.
Risiko rendah dengan kos dan tempoh
binaan yang singkat.
5.
Penggunaan cara-cara yang berkesan
untuk mengekalkan serta menambah bilangan burung-burung walit.
6.
Mempunyai cara tersendiri yang
terbukti untuk penambahan bilangan burung-burung walit berbanding dengan
rumah-rumah walit lain yang menghadkan kadar penambahan burung-burung
walit.
7.
Mempunyai pakar-pakar yang mengkaji
rumah-rumah walit tidak berhasil kepada rumah-rumah walit yang berhasil dengan
sarang-sarang burung walit berkualiti tinggi.
8.
Mempunyai cara-cara yang terbukti
untuk mengurangkan kehilangan bilangan burung-burung walit daripada
ancaman-ancaman lain.
9.
Mempunyai cara-cara yang terbukti
untuk menambahkan bilangan burung-burung walit di kawasan sekitar pembinaan
rumah-rumah walit.
10.
Rekabentuk rumah walit yang unik ini
boleh dipindahalih ke kawasan yang lebih sesuai untuk penternakan burung-burung
walit berbanding dengan rumah-rumah walit lain, ini boleh mengurangkan risiko
yang dihadapi.
Berapa kos pembinaan RBW mcm ni boss?Saya baru hendak berjinak2 dgn RBW ni...
ReplyDeletePM PRICE
ReplyDeletepm price
ReplyDeletePM Price
ReplyDeleteAde contact utk dihubungi ??
ReplyDeletePm rumah walit ybe
ReplyDeletepm price
ReplyDeletePm price?
ReplyDeletePm harga
ReplyDeletePm harga cos pembuatan
ReplyDeletePm
ReplyDelete,pm
ReplyDeletePm
ReplyDeletePm
ReplyDeletemohon PM tuan kalau mahu join venture..tq
ReplyDeleteJasni 0197597616
boleh dapatkan contact number?or contact me 013-6443029
ReplyDeletePm berapa kos.
ReplyDeletepm kos bos. tq
ReplyDeletePm prize kos
ReplyDelete15kaki * 20kaki prices dia berapa tuan??
ReplyDeleteContact me 0148851874
ReplyDeletePm kos rendah
ReplyDeleteBoleh pm sy di 0192169023
ReplyDelete