Thursday, 19 July 2012

minyak kastor

HOME

MINYAK KASTOR


 
Pokok kastor atau nama saintifiknya Ricinus communis adalah spesies pokok berbunga dari keluarga Euphorbiaceae. Dikenali sebagai pokok jarak di negara ini, kastor merupakan salah satu tanaman yang bakal mencetuskan fenomena pertanian baru kepada petani

Bijinya seperti buah getah tetapi lebih kecil iaitu sebesar syiling 10 sen. Benih pokok ini dikenali sebagai biji kastor dan sebenarnya berasal daripada Mesir , India dan ia juga boleh ditemui di sekitar kawasan tropika seperti China, Brazil, serta Thailand.

Anggaran pengeluaran dunia bagi biji kastor adalah 1.5 juta tan setahun India adalah pengeluar terbesar biji kastor di dunia sejak 120 tahun dahulu sementara China pengeluar kedua terbesar dan pengeluarannya dikawal kerajaan China sementara Thailand turut tersenarai antara pengeluar terbesar dunia sejak pokok kastor mula ditanam di negara itu 30 tahun dahulu.

Tidak semua pokok kastor yang ditanam dapat menghasilkan peratus minyak yang tinggi
seperti yang dikehendaki. Sebagai contoh, spesies tempatan memiliki biji benih yang kecil justeru ia tidak sesuai ditanam untuk tujuan komersial. Negara kita menggunakan benih pokok kastor hibrid yang diimport terus dari China yang mana buahnya lebih besar
dan memiliki peratusan kandungan minyak yang lebih tinggi.





Kegunaan Minyak Kastor

Biji kastor pada dasarnya amat beracun namun minyak dihasilkan kini merupakan sumber penting kepada produk seperti minyak pelincir kapal terbang, jet dan kereta lumba.

Jika di Mesir pada zaman dahulu, minyak kastor digunakan untuk menyalakan lampu dan disapu pada badan selain digunakan untuk menyihatkan rambut. Di India ia juga digunakan untuk menyalakan lampu manakala di China menggunakannya sebagai rawatan dalam dan luaran.Produk itu juga digunakan untuk menghasilkan cat, dakwat, kosmetik dan plastik selain digunakan dalam pertanian, pembungkusan dan farmaseutikal





Pasaran Minyak Kastor

Jika harga pasaran dunia bagi minyak kelapa sawit berada di bawah nilai satu dolar Amerika Syarikat, minyak kastor pula berharga dua hingga tiga kali ganda berikutan permintaan terhadapnya semakin meningkat ketika kini Minyak kastor antara yang termahal di dunia dengan harga semasa RM2,000 untuk setan biji kastor.

Hal demikian kerana produk yang dapat dihasilkan daripada tanaman ini adalah pelbagai
dan tidak dapat menampung permintaan yang sedang melonjak tinggi.





Kastor peluang baru pertanian
Selepas 120 hari pokok kastor sudah boleh dituai untuk kali pertama.Pokok kastor boleh bertahan sehingga lapan tahun dan hasilnya boleh dituai sepanjang tahun jika ditanam di negara ini.

Pohon kastor sangat liar dan boleh hidup dalam keadaan kering serta banyak jenis tanah,
dan kurang penjagaan diperlukkan dalam pengendalian pokok kastor. Tambahan pula, teknik penjagaanadalah senang berbandingan dengan pertanian lain. Dengan itu, penanaman pokok kastor dapat mengurangkan kos pengendalian dan menambahkan keuntungan margin.

1 ekar (4,046 meter persegi) tanah subur yang sesuai boleh ditanam sebanyak 4000 - 6000 pokok kastor dan berpotensi memberikan pulangan sekurang-kurangnya RM10,000
setiap tahun dengan 6-8 kali tuaian setahun.


No comments:

Post a Comment